Tampilkan postingan dengan label Kemaksuman imam syi’ah dalam ayat Taṭhīr. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kemaksuman imam syi’ah dalam ayat Taṭhīr. Tampilkan semua postingan

Minggu, 24 Februari 2013

Kemaksuman imam syi’ah dalam ayat Taṭhīr, ayat Ūlī Al-’Amr QS An-Nisaa 59 dan Surah Al-Baqarah ayat 124.

Kemaksuman Ahlulbait Dari Sudut Naqli dan Aqli



Takrif kemaksuman menurut Syiah:Sebelum memasuki perbahasan penyabitan kemaksuman, perlulah kita mengenal dengan lebih terperinci takrif kemaksuman menurut pandangan Syiah.Kemaksuman dari segi bahasa ialah tegah, menjaga dan memelihara, Jauhari di dalam Aṣ-Ṣiḥāḥ al-Lughah menulis:
والعصمة: المنع. يقال: عصمه الطعام، أي منعه من الجوع… والعصمة: الحفظ… واعتصمت بالله، إذا امتنعت بلطفه من المعصية.
الجوهري، إسماعيل بن حماد (متوفاي303هـ)، الصحاح تاج اللغة وصحاح العربية، ج5 ص1986، تحقيق: أحمد عبد الغفور عطار، ناشر: دار العلم للملايين ـ بيروت، الطبعة الأولى.
Kemaksuman bermaka mencegah, ʽIṣmuhul Ṭaʽām, iaitu mencegahnya dari kelaparan, dan kemaksuman ialah penjagaan, Iʽtaṣamat biLlah ialah ketika ia dijaga daripada maksiat dengan kemurahan-Nya. – Al-Jauhari, Ismaʽīl bin Ḥammād (meninggal pada tahun 303 Hijrah), Aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj Al-Lughah wa Ṣiḥāḥ al-ʽArabiyyah, jilid 5 halaman 1986.