Minggu, 24 Februari 2013

Kemaksuman para Imām dalam hadith Rasulullah (s.a.w):


Terdapat banyak riwayat-riwayat di dalam kitab-kitab Syiah dan Sunni yang menyabitkan kemaksuman para Imām Ahlul Bayt. Antara hadis tersebut ialah «ثقلين» dan «على مع الحق».
Hadis Al-Thaqalayn
Hadis Thaqalayn merupakan riwayat yang mutawātir di dalam kitab Ahlusunnah yang paling Ṣaḥīḥ dan ulama Sunnī turut mengistiharkan keṣaḥīḥannya.
Ahmad bin Ḥanbal di dalam musnadnya menulis:
حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا بن نُمَيْرٍ ثنا عبد الْمَلِكِ بن أبي سُلَيْمَانَ عن عَطِيَّةَ العوفي عن أبي سَعِيدٍ الخدري قال قال رسول اللَّهِ (ص) اني قد تَرَكْتُ فِيكُمْ ما ان أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بعدي الثَّقَلَيْنِ أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إلى الأَرْضِ وعترتي أَهْلُ بيتي الا وانهما لَنْ يَفْتَرِقَا حتى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ.
الشيباني،  ابوعبد الله أحمد بن حنبل (متوفاى241هـ)، مسند أحمد بن حنبل، ج3، ص59، ح11578، ناشر: مؤسسة قرطبة – مصر.
Abū Saʽid al-Khudrī mengatakan: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian, dua perkara beharga yang menyebabkan kalian tidak akan sesat selama-lamanya dengannya setelah pemergianku. Salah satu daripada keduanya lebih besar dari kitab yang lain, iaitu kitab Allah sebagai tali yang berhubungan dari langit ke bumi. Dan Itrah Ahlulbaitku, keduanya tidak akan berpisah sehingga menemuiku di Al-Ḥawd. – Al-Shaybānī, Abū ʽAbdiLlah Aḥmad bin Ḥanbal (meninggal pada tahun 241 Hijrah), Musnad Aḥmad, jilid 3 halaman 59.
Ibnu Kathir Dimashqī di dalam tafsirnya mengatakan tentang riwayat ini sebagai berikut:

وقد ثبت في الصحيح (م 2408) أن رسول الله(ص) قال في خطبة بغدير خم إن تارك فيكم الثقلين كتاب الله وعترتي وإنهما لم يفترقا حتى يردا علي الحوض.
ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر ابوالفداء القرشي (متوفاي774هـ)، تفسير القرآن العظيم، ج3، ص404، ناشر: دار الفكر – بيروت – 1401هـ.
Telah terbukti di dalam Al-Ṣaḥīḥ (Muslim), sesungguhnya RasuluLlah (s.a.w) bersabda di dalam khutbah Ghadīr Khum, “Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara beharga, iaitu kitab Allah dan ʽItrahku. Keduanya tidak akan berpisah sehingga menemuiku di Al-Hawd. – Ibnu Kathir Al-Dimashqī, Ismāʽīl bin ʽUmar Abul Fidā’ (meninggal pada tahun 774 Hijrah), tafsir Al-Qur’ān Al-ʽAẓīm, jilid 3 halaman 404.
Di tempat lain beliau berkata:
قال شيخنا أبو عبد اللّه الذهبي: وهذا حديث صحيح.
ابن كثير الدمشقي، إسماعيل بن عمر القرشي أبو الفداء، البداية والنهاية، ج5، ص209، ناشر: مكتبة المعارف – بيروت.
Telah berkata Shaykh kami, Abū ʽAbduLlah Al-Dhahabī: Hadis ini Ṣaḥīḥ. – Ibnu Kathīr Al-Dimashqī, Ismāʽīl bin ʽUmar Al-Qurashī Abul Fidā’, Al-Bidāyah Wal Nihāyah, jilid 5 halaman 209.
Muḥammad Nāṣir Al-Bānī yang digelar oleh golongan Wahabi sebagai ‘Al-Bukhārī di zamannya’, di dalam kitab Jāmiʽ Al-Shaghir, jilid 2 halaman 217, hadis ke-2554, telah menṣaḥīḥkan hadis tersebut.
Riwayat ini menyabitkan kemaksuman Ahlul Bayt dari beberapa sisi:
1. Riwayat ini menunjukkan Rasulullah (s.a.w) mewajibkan seluruh umat Islam untuk taat secara mutlak kepada Al-Qur’ān dan Ahlul Bayt.
Dalam perbahasan Ulil Amr sebelum ini telah disabitkan tentang perintah ketaatan mutlak dan dalil-dalil kemaksuman, maka mustahillah Allah (s.w.t) memberi perintah ketaatan itu kepada orang yang Dia ketahui mempunyai kemungkinan melakukan kesalahan dan kesilapan dalam ucapannya, dan kepada orang yang berkemungkinan akan melakukan perkara yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan Rasul-Nya.
2. Rasulullah (s.a.w) bersabda dalam riwayat ini «وانهما لم يفترقا حتى يردا على الحوض»; iaitu Al-Qur’ān dan Ahlul Bayt tidak akan bertentangan antara satu sama lain.
Kata-kata ini turut menyabitkan kemaksuman Ahlul Bayt; kerana jikalau Ahlul Bayt melakukan dosa dan kesalahan, saat itu ia sudah berpisah dengan al-Qur’ān. Jikalau ada orang yang percaya bahawa Ahlul Bayt boleh terpisah dengan Al-Qur’ān, maka ia telah menuduh Rasulullah (s.a.w) sebagai pendusta.
3. Rasulullah (s.a.w) di dalam riwayat ini memperkenalkan bahawa berpegang dengan kitab Allah (Al-Qur’ān) akan menyelamatkan diri dari kesesatan. Sabda baginda: «ما ان أَخَذْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بعدي»; oleh kerana itu taat kepada Ahlul Bayt juga menyelamatkan diri dari kesesatan. Oleh yang demikian itu kemaksuman turut disabitkan kepada Ahlul Bayt (a.s).
Taftāzanī di dalam Syarh Al-Maqāṣid menerangkan tentang perkara ini:
ألا يرى أنه صلى الله عليه وسلم قرنهم بكتاب الله في كون التمسك بهما منقذا من الضلالة ولا معنى للتمسك بالكتاب إلا الأخذ بما فيه من العلم والهداية فكذا في العترة ولهذا قال النبي صلى الله عليه وسلم من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه.
التفتازاني، سعد الدين مسعود بن عمر بن عبد الله (متوفاى 791هـ)، شرح المقاصد في علم الكلام، ج2، ص303، ناشر: دار المعارف النعمانية – باكستان، الطبعة: الأولى، 1401هـ – 1981م.
Tidakkah Nabi (s.a.w) menyambungkan Ahlul Bayt dengan kitab Allah di mana berpegang teguh dengan keduanya menyebabkan keselamatan dari kesesatan? Berpegang teguh dengan kitab Allah tidaklah makna melainkan penerimaan ilmu dan hidayah dari dalamnya. Dengan ini sabda Nabi (s.a.w): “Barangsiapa yang diperlambat oleh amal perbuatannya maka nasabnya tidak boleh mempercepatnya”. – Al-Taftazānī, Saʽd Al-Dīn Masʽūd bin ʽUmar bin ʽAbduLlah (meninggal pada tahun 791 Hijrah), Sharh Al-Maqāṣid Fi ʽIlm Al-Kalām, jilid 2 halaman 303.
Kesimpulannya, sebagaimana Al-Qur’ān menerangkan:
: لا يَأْتيهِ الْباطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَ لا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزيلٌ مِنْ حَكيمٍ حَميدٍ. (فصلت/42)
Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. – Fuṣilat ayat 42.
Maka Ahlul Bayt (a.s) juga turut maksum dari sebarang kesalahan dan kesilapan.
ʽAlī bersama kebenaran, dan kebenaran bersama ʽAlī
Hadis ini telah dinukilkan di dalam kitab Ahlusunnah dari berbagai jalur riwayat dan sanad yang Ṣaḥīḥ. Ianya juga menyabitkan kemaksuman Amīrul Mu’minīn ʽAlī bin Abī Ṭālib (a.s). Secara tidak langsung kemaksuman ʽAlī akan menyabitkan kemaksuman para Imām yang lain.
Abū Yaʽlā Al-Mawṣūlī di dalam musnadnya mengatakan:
حدثنا محمد بن عباد المكي حدثنا أبو سعيد عن صدقة بن الربيع عن عمارة بن غزية عن عبد الرحمن بن أبي سعيد عن أبيه قال كنا عند بيت النبي صلى الله عليه وسلم في نفر من المهاجرين والأنصار فخرج علينا فقال ألا أخبركم بخياركم قالوا بلى قال خياركم الموفون المطيبون إن الله يحب الخفي التقي قال ومر علي بن أبي طالب فقال الحق مع ذا الحق مع ذا.
أبو يعلي الموصلي التميمي، أحمد بن علي بن المثني (متوفاى307 هـ)، مسند أبي يعلي، ج2، ص318، ح1052، تحقيق: حسين سليم أسد، ناشر: دار المأمون للتراث – دمشق، الطبعة: الأولى، 1404 هـ – 1984م.
العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر ابوالفضل (متوفاى852هـ)، المطالب العالية بزوائد المسانيد الثمانية، ج16، ص147، تحقيق: د. سعد بن ناصر بن عبد العزيز الشتري، ناشر: دار العاصمة/ دار الغيث، الطبعة: الأولى، السعودية – 1419هـ.
ʽAbdul Rahmān bin Abī Saʽd menukilkan daripada ayahnya bahawa kami telah duduk di tepi rumah Rasulullah (s.a.w) bersama beberapa orang daripada Muhājirin dan Anṣār. Rasulullah (s.a.w) keluar dan bersabda: “Mahukah aku kabarkan yang terbaik di antara kalian?. Mereka berkata “Tentu”. Beliau (s.a.w) berkata “Yang terbaik diantara kalian adalah orang yang memberi maaf dan orang yang berbuat kebaikan, sesungguhnya Allah mencintai orang yang menyembunyikan ketakwaannya”. [Abu Sa’id] berkata “Kemudian Ali bin Abi Thalib melalui” Rasulullah bersabda “kebenaran bersama orang ini, kebenaran bersama orang ini” – Abū Yaʽlā Al-Mawṣulī Al-Tamīmī, Aḥmad bin ʽAlī (meninggal dalam tahun 307 Hijrah, Musnad Abī Yaʽlā, jilid 2 halaman 318; Al-ʽAsqalānī Al-Shāfiʽī, Aḥmad bin ʽAlī bin Ḥujur Abul Faḍl (meninggal dalam tahun 852 Hijrah), Al-Maṭālib Al-ʽĀliyyah Bi Zawā’id Al-Masānīd Al-Thamāniyyah, jilid 16 halaman 147.
Haythamī setelah menukilkan riwayat ini mengatalkan:
رواه أبو يعلى ورجاله ثقات.
الهيثمي، ابوالحسن علي بن أبي بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج7، ص235، ناشر: دار الريان للتراث/ دار الكتاب العربي – القاهرة، بيروت – 1407هـ.
Abu Yaʽlā meriwayatkannya dan Rijālnya thiqāt – Al-Haythami, Abul Ḥasan ʽAlī bin Abī Bakr (meninggal dalam tahun 807 Hijrah), Majmaʽ Al-Zawā’id Wa Manbaʽ Al-Fawā’id, jilid 7 halaman 235.
Fakhrul Rāzī di dalam tafsirnya mengatakan:
فقد ثبت بالتواتر ومن اقتدى في دينه بعلى بن أبي طالب فقد اهتدى والدليل عليه قوله عليه السلام: اللهم أدر الحق مع علي حيث دار.
الرازي الشافعي، فخر الدين محمد بن عمر التميمي (متوفاى604هـ)، التفسير الكبير أو مفاتيح الغيب، ج1، ص168، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت، الطبعة: الأولى، 1421هـ – 2000م.
Maka sesungguhnya telah disabitkan secara mutawātir bahawa barangsiapa yang mengikuti agamanya dengan ʽAlī bin Abī Ṭālib, maka ia telah dihidayahkan. Dalil perkara ini ialah sabda baginda: “Ya Allah, putarkan kebenaran bersama ʽAlī di mana sahaja dia berputar”. – Al-Rāzī Al-Shafīʽī, Fakhruddīn Muḥammad bin ʽUmar Al-Tamīmī (meninggal dalam tahun 604 hijrah), Al-Tafsīr Al-Kabīr Aw Mafātīḥ Al-Ghayb, jilid 1 halaman 168.
Sebagai taʽbir yang lain, Rasulullah (s.a.w) telah meletakkan Al-Qur’ān bersama ʽAlī bin Abī Ṭālib (a.s). Ḥākim Nishābūrī di dalam mustadraknya menulis:
أبو سعيد التيمي عن أبي ثابت مولى أبي ذر قال كنت مع علي رضي الله عنه يوم الجمل فلما رأيت عائشة واقفة… سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول علي مع القرآن والقرآن مع علي لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض.
هذا حديث صحيح الإسناد وأبو سعيد التيمي هو عقيصاء ثقة مأمون ولم يخرجاه.
الحاكم النيسابوري،  ابو عبدالله محمد بن عبدالله (متوفاى 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص4626، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية – بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ – 1990م.
Abī Thābit Mawlā Abī Dhar berkata: Aku bersama ʽAlī RaḍiyaLlahu ʽAnhu di dalam perang Jamal… Aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Ali bersama Al-Qur’ān dan Al-Qur’ān bersama ʽAlī. Kedua-duanya tidak akan terpisah selama-lamanya sehingga bertemu denganku di Al-Ḥawḍ.
Hadis ini Ṣaḥīḥ persanadannya dan Abū Saʽīd Al-Tayyimī ʽAqīṣā’ Thiqah, namun Bukhārī dan Muslim tidak mengeluarkannya. – Al-Ḥākim Al-Nisābūrī, Abū ʽAbdiLlah bin Muḥammad bin ʽAbduLlah (meninggal dalam tahun 405 Hijrah), Al-Mustadrak ʽAlā Al-Ṣaḥīḥayn, jilid 3 halaman 4626.
Oleh itu keṣaḥīḥan hadis ini tak dapat dinafikan lagi.
Riwayat tersebut menerangkan kemaksuman Amīrul Mu’minīn Alī bin Abī Ṭālib (a.s), iaitu beliau sentiasa bersama kebenaran, tidak tersalah dalam ucapan dan perbuatannya dengan dalil Rasulullah (s.a.w) menyabitkan ʽAlī bersama kebenaran dalam apa jua keadaan di samping beliau tidak berpisah dari Al-Qur’ān. Dengan ini terbuktilah kemaksuman Alī bin Abī Ṭālib kerana beliau tidak melakukan sebarang dosa atau kesalahan. Jikalau beliau melakukan kesalahan dalam perbuatan dan ucapan, maka tidak mungkin Nabi (s.a.w) menamakan beliau bersama kebenaran. Oleh kerana Alī bin Abī Ṭālib (a.s) sudah pasti bersama kebenaran sepanjang masa, maka umat Islām hendaklah percaya tentang kemaksuman beliau, jika tidak seseorang itu menafikannya maka dianggap menuduh Rasulullh (s.a.w) sebagai pendusta.
Perbahasan tentang kemaksuman Alī bin Abī Ṭālib menarik perhatian para ugamawan sehinggakan Ibnu Taymiyyah sendiri mendakwa jikalau hadis tersebut Ṣaḥīḥ, maka perkara ini membuktikan kemaksuman Alī:
الوجه السادس قولهم إنهم رووا جميعا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال على مع الحق والحق معه يدور حيث دار ولن يفترقا حتى يردا على الحوض من أعظم الكلام كذبا وجهلا.
فإن هذا الحديث لم يروه أحد عن النبي صلى الله عليه وسلم لا بإسناد صحيح ولا ضعيف فكيف يقال إنهم جميعا رووا هذا الحديث…
وأيضا فالحق لا يدور مع شخص غير النبي صلى الله عليه وسلم ولو دار الحق مع على حيثما دار لوجب أن يكون معصوما كالنبي صلى الله عليه وسلم وهم من جهلهم يدعون ذلك ولكن من علم أنه لم يكن بأولى بالعصمة من أبي بكر وعمر وعثمان وغيرهم وليس فيهم من هو معصوم علم كذبهم.
ابن تيميه الحراني الحنبلي، ابوالعباس أحمد عبد الحليم (متوفاى 728 هـ)، منهاج السنة النبوية، ج4، ص238ـ239، تحقيق: د. محمد رشاد سالم، ناشر: مؤسسة قرطبة، الطبعة: الأولى، 1406هـ.
Dari sisi ke-enam: Ucapan terbesar mereka (golongan Syiah) yang sentiasa meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) berkata “ʽAlī bersama kebenaran dan kebenaran berputar bersama ʽAlī, kedua-duanya tidak akan terpisah buat selamanya sehingga bertemu denganku di Al-Ḥawḍ”. Ini adalah pembohongan dan kejahilan.
Tidak ada seorang pun yang meriwayatkan hadis ini daripada Rasulullah (s.a.w), dan tidak juga dengan persanadan yang ṣaḥīḥ mahupun dengan persanadan yang ḍaʽīf, bagaimana (Syiah) mendakwa semua orang meriwayatkan hadis ini…
Lagi pun kebenaran tidak akan berputar melainkan bersama Nabi (s.a.w). Andainya kebenaran berputar bersama ʽAlī, maka wajiblah beliau menjadi maksum seperti Nabi (s.a.w). Mereka mendakwa seperti ini disebabkan kejahilan. Namun mereka yang berpengetahuan tahu bahawa kelebihan ʽAlī daripada Abu Bakr, ʽUmar, ʽUthmān dan yang lainnya bukan kerana maksum. Tidak seorang pun dikalangan mereka itu maksum, pembohongan dakwaan syiah ini sudah sedia maklum. – Ibnu Taymiyyah Al-Ḥarrānī Al-Ḥanbalī, Abul ʽAbbās Aḥmad ʽAbdul Ḥalīm (meninggal pada tahun 728 Hijrah), Minhāj Al-Sunnah Al-Nabawiyyah, jilid 4, halaman 238-239.
Sejak awal lagi kita sudah meneliti bukti keṣaḥīḥan sanad riwayat tersebut. Sebaliknya Ibnu Taymiyyah mengatakan pula hadis ini tidak pernah diriwayatkan daripada Rasulullah samada dengan sanad yang ṣaḥīḥ mahupun dengan sanad yang ḍaʽīf. Ini hanyalah kata-kata yang terbit daripada seorang yang membenci dan keras kepala tentang Ahlul Bayt. Namun menurut pengakuan dan ikrar Ibnu Taymiyah ini, jelaslah kemaksuman ʽAlī bin Abī Ṭālib.

Tidak ada komentar: